Bintulu dilanda banjir kilat, penduduk merunggut sistem perparitan tidak siap dan tidak diselenggara dengan baik

BINTULU -- Banyak rumah atau kediaman sekitar Bandar Bintulu khususnya di Lucky Tower dinaiki air selepas berlakunya hujan lebat sejak tengah malam tadi.

Hujan yang berlaku hampir 2 jam itu mengakibatkan banyak kediaman termasuk kawasan perumahan, kampung dan laluan dilanda banjir kilat.

Borneo Network difahamkan bahawa antara yang terjejas teruk ialah kawasan perumahan Lucky Tower.

Dalam pada itu, kawasan lain yang terjejas teruk ialah kawasan Nyigu Kampung Assyakirin Fasa 2, Kampung Baru Laut, Desa Damai dan Jalan Pesisir Kidurong.

Rata-rata penduduk menyalahkan pihak bertanggungjawab yang tidak menyelenggara sistem perparitan dengan baik hingga menyebabkan kejadian sama berulang setiap tahun.

Salah seoeang penduduk di Lucky Tower yang enggan nama belia didedahkan melahirkan kekesalan kerana kediamannya dilanda banjir kilat hampir setiap tahun.

"Walaupun parit dikorek dan dibuat penyelenggaraan, namun limpahan air akibat banjir kilat tetap berlaku," ujarnya.

Tindakan segera harus diambil kerana ianya bukan sahaja mendatangkan kerugian buat pemilik rumah akibat kerosakan harta benda, namun ianya boleh mendatangkan bahaya buat penghuni yang tinggal di kawasan terbabit.

Tegas beliau, andai kata paras air tiba-tiba naik sebagaimana pada malam ini dan tanpa persediaan, segala kemungkinan akan berlaku dan siapa yang akan bertanggungjawab.
Next Post Previous Post