Bayi perempuan 7 bulan, antara yang tercedera dalam kemalangan

SARIKEI -- Bayi perempuan berusia 7 bulan antara tiga yang mengalami kecederaan selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda Isuzu Dmax di Simpang Pakan Jalan Pan-Borneo awal paggi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, dua lagi mangsa yang mengalami kecederaan merupakan pemandu dan penumpang kereta terbabit masing-masing berusia 21 tahun.

"Pemandu dan penumpang Isuzu Dmax bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, " jelasnya.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari BBP Sarikei bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.28 malam bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

Sejurus sampai, pasukan bomba mendapati seorang mangsa wanita masih tersepit dalam kereta.

Operasi penyelamatan kemudiannya dijalankan dengan menggunakan teknik "rescue tool" bagi mengeluarkan mangsa yang teperangkap. 

"Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Setelah kerja-kerja pembersihan serpihan kemalangan dijalankan, pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak semula balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post