13 penghuni dari 2 keluarga hilang tempat berteduh, rumah didiami di Kampung Bahagia Jaya Tengah musnah terbakar

SIBU --13 penghuni dari dua buah kediaman di Kampung Bahagia Jaya Tengah yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.18 pagi bagi menjalankan kerja-kerja memadam serta menyelamat mangsa.

"Tiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan 2 buah rumah setingkat jenis tidak kekal yang mana rumah pertama terbakar dalam 80 peratus manakala rumah kedua musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku," ujarnya.

Kebakaran yang berlaku turut memusnahkan sebuah kereta, sebuah van dan tiga buah motosikal yang diparkirkan di hadapan kediaman.

Kesemua penghuni rumah termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) berjaya keluar dengan selamat sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi. 

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran yang berlaku dengan menggunakan 1 aliran salur bantu mula sehingga kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya.

Kerja-kerja overhaul kemudiannya diteruskan sehingga tiada berlakunya kebakaran berulang.
Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.