Tragedi malam Krismas, empat cedera parah nahas dua kenderaan

BAU— Empat cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Seniawan, Bau tengah malam tadi.

Empat yang cedera parah adalah penumpang Perodua Axia yang berusia lingkungan 19 hingga 23 tahun manakala dua lagi penumpang kereta Toyota Vios hanya cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mereka mendapat panggilan kecemasan pada jam 12.09 tengah malam dan mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tersepit di bahagian pemandu Axia manakala tiga orang mangsa lagi iaitu dua lelaki dan seorang perempun cedera parah.

“Manakala pemandu dan penumpang kenderaan Vios telah dikeluarkan oleh orang awam dan di hantar ke hospital Bau sebelum ketibaan bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan bantuan daripada ambulans Bau dan ambulan APM. 

Gambar ihsan PGO Sarawak
Next Post Previous Post