Lelaki maut, motosikal ditunggang berlanggar lori di kawasan Batu 10 Jalan Kuching Serian

KUCHING -- Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori Trienekens di kawasan Batu 10 Jalan Kuching Serian awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Eddie Hafiz Mohd Ferdaus berusia 24 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

Sepasukan anggota bomba dari BBP Siburan bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 6.39 pagi.

"Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya insiden yang melibatkan sebuah motosikal dan lori yang mana mangsa didapati terbaring atas jalan," ujar beliau.

EMRD Siburan kemudiannya memohon pihak ambulans untuk ke lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan PDRM Polis untuk tindakan selanjutnya.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post