Toyota Harrier hilang di depan hotel di Sibu, mangsa minta orang ramai bantu cari

SIBU-- Kes kehilangan sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang dilaporkan hilang di hadapan sebuah hotel di Jalan Kampung Nyabor di sini pagi tadi mendapat perhatian netizen dengan perkongsian 736 kali.

Menurut sumber, kenderaan itu dilaporkan hilang semasa mangsa sekeluarga pergi meluangkan masa bersama di bandar itu.



"Kenderaan itu diparkir di hadapan hotel tersebut sekitar jam 9.30 malam Khamis selepas kami balik dari makan malam.

"Pada jam 8.30 pagi tadi, apabila hendak keluar membeli barang, mangsa mendapati kenderaan yang diparkir di hadapan hotel berkenaan telah hilang," katanya.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Sibu.

Butiran kenderaan itu adalah Toyota Harrier DBA-ZSU60W berwarna hitam dengan nombor pendaftaran QCN6468.

Susulan itu, mangsa meminta bantuan orang ramai bagi mengesan kenderaan tersebut dengan membuat hantaran di media sosial dan menjadi tular.
Next Post Previous Post