Seorang maut, empat cedera nahas dua kenderaan

TATAU— Seorang maut manakala empat cedera termasuk tiga parah dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Selitut, Tatau-BIntulu, di sini petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia ialah seorang wanita, Teo Pek Chin berusia 51 tahun.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan pada jam 3.45 petang dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi.

Sebaik tiba di lokasi katanya, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Iriz yang dinaiki empat mangsa termasuk Teo manakala Proton Saga seorang mangsa.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak Bomba kecuali seorang wanita di dalam kereta Proton Iriz iaitu penumpang di sebelah pemandu.

“Tindakan pihak bomba hanya mengeluarkan seorang mangsa wanita penumpang di dalam kereta Proton Iriz. 

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak KKM Tatau namun disahkan meninggal dunia. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala mangsa yang lain diberi rawatan awal oleh pihak KKM Tatau dan dibawa ke Klinik Kesihatan Tatau untuk tindakan selanjutnya.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post