Mayat remaja dibaham buaya Sungai Samariang Aman ditemui dua kilometer ke hilir sungai

KUCHING -- Mayat remaja lelaki yang maut dibaham buaya di Sungai Samariang Aman ditemui pasukan SAR pada jarak dua kilometer ke hilir sungai dari mangsa dipercayai dibaham, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, mayat mangsa Mohammad Faqrul Zaimi, 15 yang berasal dari Kampung Moyan Laut dijumpai pasukan bomba pada jam 11 pagi.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya disusuli proses pengecaman mayat oleh keluarga mangsa," ujarnya.
Dengan penemuan mayat mangsa ini ujarnya sekaligus menamatkan operasi SAR pada jam 12.45 tengah hari.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa bersama tiga lagi rakannya turun ke sungai apabila jala mereka telah tersangkut.

"Mangsa yang ketika itu berada di paling hadapan telah disambar buaya yang mana kejadian itu disaksikan oleh rakan mangsa sendiri," ujar beliau.

Rakannya mengatakan mangsa telah disambar reptilia ganas itu sebelum dibawa ke hulu sungai.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.