Seorang maut, dua parah kereta langgar besi pembahagi jalan

BETONG— Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dipandunya terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan berhampiran Kampung Matop, Jalan Betong - Spaoh pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 6.45 pagi itu, mangsa, dikenali sebagai Johny Belikau Bari, 38, yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dua penumpang iaitu seorang perempuan berusia 17 tahun dan seorang lelaki berusia 23 tahun pula dikejarkan ke Hospital Betong akibat cedera parah.

“Setiba di lokasi mendapati seorang daripada mangsa masih tersepit di tempat duduk pemandu, manakala dua lagi mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Mangsa yang cedera dihantar oleh unit EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke Hospital Betong untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post