Remaja perempuan 15 tahun jadi mangsa rogol, suspek kini diburu

BAU-- Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol di sebuah hotel di sini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis Kempas berkata, mangsa tampil membuat laporan polis sekitar jam 12.47 tengah hari tadi.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, tegas Jawai, polis sedang giat memburu suspek yang terlibat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini atau suspek yang terlibat diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Bau di talian 082-763311 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," ujarnya.
Next Post Previous Post