Mercedes terbabas rempuh kereta, motosikal tepi kuil

KUCHING— Sebuah Mercedes yang hilang kawalan terbabas lalu merempuh sebuah kereta dan motosikal yang diparkir di tepi kuil selepas pemandunya mengalami kejang kaki di Jalan Penrissen hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 3.22 petang tadi, pemandu seorang lelaki warga emas dalam lingkungan 60-an bersama seorang wanita pengamal perubatan Cina dalam perjalanan dari arah Batu 7 menuju ke Bau.

Borneo Network difahamkan, sebaik sampai di tempat kejadian, pemandu dikatakan mengalami kejang kaki. 

“Wanita yang duduk bersebelahan kemudian memusingkan stereng kereta menghala ke kuil sebelum merempuh sebuah kereta kancil dan motosikal yang diparkirkan di situ,” katanya.

Impak dari rempuhan itu menyebabkan ketiga-tiga kenderaan remuk dan rosak teruk.

Kedua-dua mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
Next Post Previous Post