Individu tidak bertanggungjawab guna nama TPM Fadillah buat Akaun FB

KUCHING-- Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof menafikan akaun Facebook yang menggunakan nama "Haji Fadillah Yusuf" adalah miliknya.

Tegasnya, ia adalah akaun palsu yang menggunakan namanya yang dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Untuk makluman semua, akaun Haji Fadillah Yusuf seperti di bawah bukan akaun milik saya. 

"Ia merupakan akaun palsu yang direka mereka yang tidak bertanggungjawab. 

"Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar," katanya dalam Facebook rasminya malam ini.

Tambah Fadillah, aduan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.