Dua suspek rompakan berkumpulan di Sri Aman diburu

SRI AMAN— Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman sedang menjejaki dua suspek kes rompakan berkumpulan yang dilaporkan di sini pada 13 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata, individu berkenaan ialah Lincoln Lim Sio Fei, 33 beralamat di Rumah Nabau, Kampung Temudok dan Chong Erice Paker,30, dari Jalan Pasir Panas, Taman Ladin, Sri Aman.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kedua-dua lelaki ini dikehendaki bagi membantu siasatan kes rompakan berkumpulan.

“Bagi kedua-dua kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan terkini suspek diminta untuk segera melaporkan kepada Balai Polis Polis Sri Aman di talian 083-322121 atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes laitu Insp. Muhammad Huzairie Hamzah di talian 011-25521926 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.
Next Post Previous Post