Dua kereta bertembung, penunggang motosikal cedera tercampak

BAU— Seorang lelaki nyaris maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang Proton Saga yang terlibat kemalangan dengan Myvi di Jalan Siniawan, Bau pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, penunggang motosikal yang tercampak di tepi jalan lebam seluruh badan, manakala pemandu kereta jenis Myvi cedera pada bahagian muka dipercayai tidak menggunakan tali pinggang keledar.

Borneo Network difahamkan, semasa kejadian pemandu Myvi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dalam perjalanan pulang ke Kampung Pengkalan Melayu selepas habis tugasan malam.

Sewaktu tiba di lokasi, pemandu tersebut dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu bertembung dengan kereta jenis Proton Saga.

Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal di belakang telah merempuh Proton Iswara menyebabkan mangsa tercampak ke tepi jalan.

Sementara itu, kedua-dua penumpang Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Next Post Previous Post