COVID-19: Singapura catat 32,035 kes mingguan, tertinggi tahun ini

SINGAPURA—Jangkitan COVID-19 di Singapura melonjak berpunca daripada penurunan imuniti dan peningkatan perjalanan dalam kalangan penduduk, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Menurut MOH, Singapura merekodkan 32,035 kes Covid-19 pada minggu berakhir 2 Disember, iaitu 11 % lebih tinggi daripada paras tertinggi sebelumnya pada April.

“Ini adalah kira-kira 10,000 lebih daripada minggu sebelumnya, yang menyaksikan kira-kira 22,094 jangkitan.

“Walaupun lonjakan itu agak ketara, jumlah kes Covid-19 telah meningkat secara berterusan sejak sekitar September,” katanya dipetik portal mustsharenews hari ini.

Laporan itu menambah, bilangan pesakit Covid-19 yang kini dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan rapi menunjukkan peningkatan yang ketara dalam minggu terbaru.

“Terdapat 225 kemasukan ke hospital Covid-19 dan empat kes unit rawatan rapi (ICU) pada minggu berakhir 2 Dis.

MOH berkata peningkatan kes dimasukkan ke hospital menyumbang kepada penambahan beban kerja di hospital.

Justeru kementerian sedang memantau dengan teliti jangkitan Covid-19 bagi memastikan kapasiti penjagaan kesihatan mencukupi.
Next Post Previous Post