Buaya terlepas masuk kampung

MIRI— Hasrat seekor buaya untuk menjadi dirinya sendiri dengan ‘lari’ dari sebuah taman buaya menemui kecundang, apabila ditangkap di Kampung Muhibbah, Kuala Baram malam tadi.

Berdasarkan perkongsian video dan gambar di media sosial sejak malam Rabu, buaya tersebut dilihat menyeberang jalan raya yang gelap dan sunyi sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai.

Bimbangkan keselamatan orang awam, Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang menerima aduan semalam bertindak memasang mata kail di tepi longkang untuk menangkap buaya itu.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Miri dalam kenyataan mengesahkan buaya itu berjaya ditangkap sekitar pukul 10 malam tadi dengan kerjasama pegawai SFC.

“Buaya sepanjang tiga meter dianggarkan seberat lebih 100kg itu tersangkut pada mata kail yang dipasang oleh SFC di tepi longkang.

Buaya itu kemudian dihantar ke Taman Buaya Miri yang terletak kira-kira 2km dari lokasi ditangkap..

Gambar Kredit APM
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.