Warga emas hilang tiga hari ditemukan lemas

LIMBANG—Setelah tiga hari dilaporkan hilang, seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di di tebingan sungai seberang rumah panjang Tanah Merah tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, mangsa yang berusia 76 tahun itu dikenalpasti sebagai Jampi Ugai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota BBP Limbang bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 12.45 tengah hari.

“Penduduk rumah panjang terlihat mayat mangsa terapung di perairan sungai seberang rumah panjang mereka sebelum memaklumkan kepada pasukan bomba.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Jalan Medamit sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.20 petang,” katanya.

Pada petang Khamis lalu, mangsa dikatakan keluar mencari ikan dan memasang pukat di kawasan Kerangan Ma Ulu Medamit namun tidak balik ke rumah meskipun hari sudah beransur gelap.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post