Wanita rugi RM65,150 ditipu pinjaman tak wujud
LIMBANG—Seorang wanita tampil membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa penipuan pinjaman wang yang tidak wujud membabitkan nilai kerugian keseluruhan RM65,150 pada kejadian Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata mangsa yang berusia 42 tahun itu telah tertarik dengan satu iklan pinjaman wang ketika melakukan carian dalam aplikasi Google.
“Mangsa tertarik untuk membuat pinjaman berjumlah RM35,000 dan kemudiannya berurusan dengan seorang yang tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp.
“Pihak pemberi pinjam telah meminta mangsa membuat beberapa kali pembayaran lagi dengan pelbagai alasan termasuk pembayaran yuran proses pinjaman sebelum menerima pinjaman yang ingin dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Parum mangsa yang percaya telah melakukan 13 kali transaksi bayaran berjumlah keseluruhan sebanyak RM65,150 ke lima akaun bank yang diberikan oleh pihak pemberi pinjam.
Bagaimanapun jelasnya sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak ada menerima sebarang pinjaman seperti yang dijanjikan.
Katanya lagi satu kertas siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan telah dibuka berhubung kes berkenaan.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.