Suspek kes pemerdagangan manusia di Lubok Antu berjaya ditangkap

LUBOK ANTU: Seorang lelaki yang diburu kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan manusia berjaya ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan (DSP) Victor Ripon berkata, sebelum ini pihaknya telah mengedarkan foto suspek yang dikenali sebagai Jeffery Tarang dengan alamat terakhir di Rumah Mundau Rakut.

Katanya, lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Kanun Keseksaan.

Sumber: PDRM Lubok Antu
Next Post Previous Post