Penuntut wanita IPTS maut, kereta dipandu rempuh pokok kelapa

MIRI-- Seorang penuntut wanita institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pokok kelapa di Taman Tunku, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Lin, berusia 21 tahun dan berasal dari Limbang.

Menurut saksi, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Taman Tunku apabila kereta berkenaan hilang kawalan lalu merempuh dua batang pokok kelapa di tepi jalan menyebabkan bahagian hadapan kereta itu rosak teruk.
Next Post Previous Post