Seorang maut, seorang lagi parah dalam kemalangan melibatkan kenderaan MPV dan jengkaut di kawasan Bukit Dinding Jalan Metading-Selangau

SELANGAU -- Seorang lelaki maut manakala seorang lagi wanita parah selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah jengkaut di yang sedang menjalankan kerja di kawasan Bukit Dinding Jalan Metading-Selangau petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, mangsa maut dan seorang lagi mengalami kecederaan parah bagaimanapun belum lagi diketahui identiti.

"Lima lagi penumpang dalamnya juga belum lagi diketahui identiti memandangkan semasa ketibaan pasukan bomba, kelima-lima mangsa sudah dihantar oleh orang awam ke hospital.

Menurutnya, sepasukan anggota BBP Selangau bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 petang bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa tersepit.

Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang mangsa yang merupakan seorang wanita masih tersepit pada bahagian kerusi duduk penumpang bahagian hadapan.

Setelah membuat ‘size up’ di sekitar kawasan kemalangan, PKO menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki serta beberapa bahagian badan kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk dibawa ke Hospital Mukah. 

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 3.45 petang sebelum bertolak balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post