Kelayakan agensi pelancongan urus umrah disemak semula

KUALA LUMPUR— Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti serta menyemak semula kelayakan semua syarikat agensi pelancongan khususnya yang menjalankan perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, langkah itu susulan insiden penipuan oleh segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusan jemaah umrah.

Katanya, walaupun MOTAC telah mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat berkenaan seperti membatalkan lesen mereka, namun masih terdapat aduan mengenai masalah sama.

“Masih ada ejen-ejen syarikat pelancongan ini yang degil dengan mempromosikan pakej-pakej umrah tetapi tidak melaksanakannya.

“Sebelum ini terdapat aduan dan keluhan orang ramai khususnya jemaah umrah yang menjadi mangsa penipuan segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusaan umrah yang tidak bertanggungjawab. Ada jemaah umrah yang tidak dibawa ke destinasi-destinasi atau diberikan perkhidmatan yang sepatutnya, seperti yang ditawarkan oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.

“Lebih malang, jemaah umrah ini gagal menghubungi syarikat agensi pelancongan berkenaan apabila mereka tiba di lapangan terbang di Arab Saudi. Syarikat agensi pelancongan ini secara tidak berhati perut melepaskan tangan sehingga mengecewakan pelanggan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Tiong mengarahkan Timbalan Menteri MOTAC𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐮𝐥 𝐅𝐢𝐫𝐝𝐚𝐮𝐬 𝐀𝐤𝐛𝐚𝐫 𝐊𝐡𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐮𝐚𝐢 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧, 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫-𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚. 

“Saya juga mahu laporan terperinci mengenai rekod syarikat-syarikat ini sepanjang menguruskan jemaah umrah. Ini bagi memastikan syarikat agensi pelancongan lebih bertanggungjawab semasa menjalankan perniagaan dan tidak sesekali mengabaikan pelanggan masing-masing.
 
“Dalam masa sama, saya akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi untuk membincangkan tentang kuota. 

“Sekiranya MOTAC dapat diberi amanah, 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐫 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐣𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐮𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫, 𝐭𝐞𝐥𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐛𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧,” ujar Tiong.

Beliau berkata, inisiatif yang dilakukan MOTAC itu diharapkan dapat membantu dan melindungi jemaah umrah daripada terus menjadi mangsa penipuan selain memberi peringatan kepada syarikat agensi pelancongan supaya tidak memperdaya pelanggan serta berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.

"Saya juga merayu agar semua syarikat agensi pelancongan pengurusan umrah sentiasa jujur dalam menjalankan perniagaan mereka serta sentiasa menunaikan tanggungjawab sepenuhnya dalam memberi tawaran perkhidmatan yang dijanjikan.

"Syarikat-syarikat berkenaan adalah dilarang untuk memasarkan dan menawarkan perkhidmatan yang tidak mampu diberikan seperti tidak mempunyai kuota atau kapasiti logistik yang sepatutnya," katanya.
Next Post Previous Post