343 kenderaan bawa lebih muatan di Kuching disaman

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil semasa sesi soal jawab di Persidangan DUN Sarawak hari ini. Gambar ihsan UKAS

KUCHING—Setakat Oktober tahun ini sebanyak 343 saman telah dikeluarkan kepada kenderaan yang membawa muatan berlebihan di bahagian Kuching, kata Datuk Dr Jerip Susil.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak itu berkata, saman turut dikeluarkan kepada kenderaan di Jalan Bau-Kuching. 

“Pihak kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk membuat aduan berkaitan isu tersebut,” katanya dipetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Datuk Dr Jerip menambah, orang awam boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa melalui beberapa saluran termasuk emel secara terus kepada JPJ pada alamat emel aduantrafik.sarawak@jpj.gov.my, 
melalui WhatsApp kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak melalui nombor 011-24252754 atau berhubung dengan Polis Diraja Malaysua (PDRM) melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Selain itu,orang awam juga boleh membuat aduan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak RoadCARE melalui nombor WhatsApp 011-70171777 dan 011-70172777. 

“Setiap aduan perlu disertakan dengan gambar, tarikh dan masa kejadian berlaku,” tambahnya.
Next Post Previous Post