12 keluarga hilang tempat tinggal

BINTULU—Sebanyak 12 keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan dua blok rumah sewa di Jalan Sibiyu, di sini awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.38 pagi.

Rumah dua tingkat yang didiami 12 keluarga di Jalan Sibiyu musnah dalam kebakaran pagi ini. Gambar PGO Sarawak

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan bangunan rumah sewa dua tingkat jenis tidak kekal yang mempunyai 20 unit bilik itu," jelasnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air yang diperoleh dari tangki jentera dan pili bomba berdekatan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.