Warga emas cedera dihempap pokok pisang
KUCHING—Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun cedera selepas dihempap pokok pisang tumbang di kawasan Batu 20 Jalan Kuching-Serian malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan daripada anak mangsa.
“Dalam insiden yang berlaku pada jam 8.10 malam itu, mangsa terbaring di tepi jalan kebun dan mengadu sakit pada bahagian tengkuk dan kaki akibat dihempap pokok pisang.
Pasukan Bomba membantu mengangkat mangsa menggunakan pengusung untuk dibawa ke bahu jalan sementara menunggu pihak KKM sampai. Gambar PGO Sarawak |
“Pasukan kemudiannya membantu mengangkat mangsa menggunakan pengusung untuk dibawa ke bahu jalan sementara menunggu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sampai.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk dibawa ke hospital bagi diberikan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Setelah operasi selesai dan mendapati keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.