Pemuda jatuh gaung di hutan di Jalan Datuk Stephen Yong

KUCHING-- Seorang pemuda mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila jatuh ke dalam gaung di kawasan hutan di Jalan Datuk Stephen Yong di sini.

Jurucakap Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 12.40 tengah malam Sabtu, melibatkan mangsa berusia 20 tahun.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kejadian seorang mangsa lelaki telah jatuh gaung anggaran kedalaman 60 hingga 70 kaki seperti yang dilaporkan," katanya.

Berikutan itu, bomba membuat kerja-kerja pencarian mangsa di bawah cerunan bukit menggunakan sistem tali.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan cedera di pergelangan kaki dan berberapa kecederaan di bahagian pinggul," jelasnya.

Tambahnya, bomba menggunakan "strecher" @ pengusung untuk membawa mangsa ke tempat yang selamat.

Pemuda jatuh gaung di hutan di Jalan Datuk Stephen Yong 
Mangsa kemudian dibawa oleh anggota unit EMRS untuk dihantar ke Hospital Umum Sarawak.

"Setelah keadaan benar benar selamat Jentera bersama anggota bertolak balik ke balai," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.