3 alami kecederaan dalam kemalangan berantai melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal
KOTA SAMARAHAN: 3 mengalami kecederaan dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Kampung Sindang di sini, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota dari BBP Kota Samarahan bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 9.10 pagi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa.
"Sampai di lokasi pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan berantai yang melibatkan sebuah kereta model Nissan Almera, Perodua Alza dan sebuah motosikal," ujar beliau.
Tiba di lokasi ujarnya, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan beberapa buah kenderaan iaitu dua buah kereta dan sebuah motosikal.
Bagaimanapun katanya, tiada mangsa yang tersepit yang mana kesemua mangsa didapati mengalami kecederaan.
Pihak Bomba kemudiannya menjalankan operasi penyelamatan mengeluarkan dua orang mangsa dari dalam kereta tersebut secara manual dengan hanya membuka pintu kereta tanpa menggunakan alat penyelamatan (RTA).
Seterusnya unit emrs terus menghantar 2 orang mangsa tersebut ke Hospital Institut Jantung Negara (IJN) Kota Samarahan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.