Lelaki dipercayai dibaham buaya ketika memukat

LAHAD DATU—Seorang lelaki hilang disyaki dibaham buaya ketika memasang pukat di Sungai Silabukan, di sini pada pagi Ahad.

Mangsa Salim Sakka, 50, disedari hilang oleh anaknya selepas tidak ditemui di kawasan sungai tersebut sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, mereka menerima panggilan pada jam 9.45 pagi Isnin dari balai polis.

“Menurut anak mangsa, mangsa dipercayai dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan (memukat) pada Ahad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dilancarkan pada jam 7.38 pagi tadi menggunakan bot penyelamat dengan kaedah pencarian di atas permukaan air.

“Operasi SAR seluas dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, namun setakat ini mangsa belum ditemukan,” katanya.

Gambar ihsan PGO Sabah
Next Post Previous Post