Anak Sang Bedal ditemui masuk dalam jaring ikan

MIRI: Pemilik jaring ikan berasa amat terkejut dengan kehadiran seekor anak buaya yang terperangkap dalam jaring ikan miliknya di tepi Sungai Sebatok awal pagi tadi.

Mengambil kira akan faktor keselamatan, pemilikny bertindak menghubungi talian bomba bagi menjalankan khidmat khas menangkap reptilia terbabit.

"Sepasukan anggota bomba dari BBP Batu Niah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan bagi menjalankan khidmat khas menangkap anak buaya berkenaan," ujarnya.

Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat seekor anak buaya terperangkap dalam jaring ikan berkenaan.

"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati anak buaya terbabit telah mati akibat terperangkap dalamnya," ujar beliau.

Pasukan Bomba membuat size-up dengan menggunakan ppe lengkap mengeluarkan buaya tersebut dari jaring dan menyerahkan buaya tersebut kepada pihak Sarawak Forest Corporation (SFC) untuk tindakan selanjutnya. 

Setelah selesai dan memastikan keadaan benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Gambar BBP Batu Niah
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.