Scoot tambah penerbangan Miri ke Singapura tahun depan
MIRI-- Kementerian Pengangkutan Sarawak bekerjasama dengan Scoot dan Singapore Airlines (SIA) untuk menambah penerbangan antara Singapura dan Miri mulai tahun depan.
Menterinya, Datuk Sri Lee Kim Shin berkata, buat masa ini terdapat tiga penerbangan antara Singapura dan Miri selain penerbangan harian Singapura ke Kuching.
"Kementerian turut berbincang dengan SIA dan Scoot untuk menawarkan pakej istimewa kepada pelancong yang terbang dari Singapura ke Sarawak," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama Scoot di sini semalam.
Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menambah, pakej ini bagi menggalakkan pelancong terutama dari Eropah meneruskan percutian ke Sarawak.
Mengenai penerbangan tambahan, Lee berkata ia penting memandangkan potensinya yang cukup besar dalam industri minyak dan gas.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.