Lelaki nyaris maut, lori dipandu terbakar

SRI AMAN—Seorang lelaki nyaris maut apabila lori dipandunya yang sarat muatan batu musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Melugu Kuari, Sri Aman di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, semasa kejadian, lori terbabit sedang bergerak dari arah Sri Aman menuju ke Serian sebelum lori terbabit terbakar.

"Sepasukan anggota bomba dari BBP Sri Aman bergerak ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta memadam kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 petang," ujarnya.

Menurutnya, tiba di lokasi pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan sebuah lori yang terletak di atas jalan.

Pasukan bomba yang lengkap berpakaian PPEdengan kemudiannya melakukan "size-up" dan mendapati sebuah lori terbakar model Sinotruk sedang terbakar.

Komander Operasi kemudiannya mengarahkan pihak bomba membuat pemadaman dengan mengunakan 2 aliran hos salur bantu mula dan 1 aliran attacking hose untuk buih(1 tong) sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya oleh pihak bomba.

Setelah kebakaran dapat dikawal dan tiada berlakunya kebakaran berulang, maka operasi memadam ditamatkan pada jam 3.43 petang sebelum bertolak balik ke balai.

Gambar BBP Sri Aman
Next Post Previous Post