Pengurus syarikat didakwa buat tuntutan palsu RM5,000 insentif Perkeso

KUCHING-- Seorang pengurus syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menuntut Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM5,000 pada 2021.

Tertuduh,Mohamed Nazeer Kudpudeen dari Syarikat Sharifah Trading Sdn Bhd menghadapi sepuluh pertuduhan dibawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) dan sepuluh lagi
pertuduhan dibawah Seksyen 471/465 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dan mohon dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 1 November depan untuk sebutan semula kes.
Next Post Previous Post