"Sarang Bomoh" di Serian diserbu
KUCHING-- Sebuah rumah dipercayai rumah sewa yang dijadikan "sarang pemujaan" di Kampung Hulu, Serian dekat sini diserbu malam semalam.
Menurut pemilik akaun Facebook Spri Azuan Khairol, rumah bomoh yang terletak dalam perkampungan masyarakat Melayu di situ diserbu bagi menggelak lebih ramai masyarakat khasnya orang Islam terjerumus dalam benda syirik berkenaan.
"Rumah bomoh sudah diserbu... Tidak sepatutnya di Kampung Melayu dijadikan tempat ritual pemujaan," katanya dalam hantaran itu.
Tegasnya, dia amat geram kerana masih ada masyarakat kini percaya dengan benda-benda tahyol tersebut.
"Geram dengan masyarakat kita yang masih percaya dengan benda karut, syirik dan khurafat... Kalau diikutkan hati pecah (musnahkan peralatan pemujaan) semua tetapi harus bersabar," luahnya dengan kesal.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.