Kenaikan harga beras resahkan rakyat, MP PKR Miri

MIRI--Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man turun padang meninjau harga beras di pasar raya.

"Saya sendiri telah turun ke pasar raya pemborong dan pasar raya besar di Miri pada hari ini di mana saya telah mendapati bahawa harga beras telah menaik sebanyak 20% hingga 30% berkuatkuasa hari ini. Harga beras yang paling mampu dibeli pun naik dari RM28+ sehingga ke RM37," katanya hari ini.

Menurut Chiew, beliau maklum dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) berkenaan kenaikan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa pada 1 September 2023.

Saya turut menerima banyak aduan dan keluhan daripada Rakyat bahawa harga beras di sekitar pasaran Miri telah naik dengan mendadak. 

Sememangnya impak daripada kenyataan BERNAS telah mula dirasai oleh seluruh Rakyat terutamanya di sekitar kawasan Miri.

"Saya faham bahawa faktor utama kenaikan harga ini adalah disebabkan kenaikan harga beras dunia dan juga kebergantungan dengan makanan import yang terlalu terlampau.

"Namun, kenaikan yang secara mendadak ini memang menyebabkan kenaikan kos hidup rakyat.

"Saya akan membawa isu ini ke Parlimen dan mendesak Kerajaan untuk mencari langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk membantu rakyat menangani kenaikan kos hidup,"katanya.
Next Post Previous Post