Libas ayah kandung dengan parang hingga putus satu jari kiri

LAWAS— Seorang ayah putus satu jari kiri selepas dilibas dengan parang oleh anaknya di rumah mereka di Kampung Tunas Baru di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Sila Kadong berkata, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, anak lelaki mangsa berusia 37 tahun telah memukul bapanya bertubi-tubi sehingga cedera parah di dahi dan hidung.

“Suspek turut melibaskan parang menyebabkan mangsa putus satu jari kiri kerana cuba mengelak.

“Mangsa berusia 67 tahun kemudian dikejarkan ke Hospital Lawas sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk pembedahan segera,” katanya dalam kenyataan.

DSP Sila berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menghidap penyakit mental

“Suspek kini direman sehingga 4 September dan kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Next Post Previous Post