Lelaki rentung, flat dihuni terbakar

SIBURAN--Seorang lelaki ditemukan rentung selepas flat didiaminya di Tingkat 4, Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Gong, Jalan Kuching-Serian, terbakar hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 11 pagi.

"Kebakaran melibatkan bilik tidur utama rumah itu yang telah musnah sepenuhnya akibat letupan tong gas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggota menemukan mayat mangsa seorang lelaki berusia 40 tahun dalam keadaan rentung dalam flat tersebut.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Dua lagi wanita yang mengalami kecederaan ringan telah menerima rawatan daripada Unit EMRS.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.