Bekas Ahli Parlimen Saratok Jelaing Mersat meninggal dunia

SARATOK— Bekas Ahli Parlimen Saratok Jelaing Mersat, 75, meninggal dunia pada petang Jumaat.

Ahli keluarga memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.40 petang.

Dilahirkan pada 31 Disember 1948 dan pernah memegang beberapa fortfolio di beberapa kementerian.

Mendiang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama-sama dalam Kabinet pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelaing pernah menjadi Ahli Parlimen Saratok dari tahun 2004 hingga 2013 mewakili Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Sebelum terlibat dalam politik, Jelaing merupakan seorang pendidik.

Upacara penghormatan terakhir mendiang akan diadakan di Rumah Panjai Sylvia Gupi Mersat di Merujie Kabo, Saratok diikuti pengebumian pada 4 September.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.