Bantuan untuk pelajar pendapatan isi rumah RM7000
KUCHING— Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak hari ini menyampaikan bantuan pendidikan kepada lapan pelajar di Parlimen Stampin yang melanjutkan pengajian ke universiti atau kolej tempatan.
Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen berkata, penerima terdiri daripada mereka yang pendapatan bulanan ibu bapa atau isi rumah RM7,000 sebulan.
“Seramai 300 pelajar menerima manfaat bantuan ini sejak dilancarkan Mac tahun ini. Penerima terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya pada majlis penyerahan bantuan itu di Kampung Haji Baki hari ini.
Katanya, bantuan pendidikan tersebut bagi membantu meringankan beban serta menampung perbelanjaan mereka semasa pengajian.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.