Lelaki maut, kereta dipandu rempuh pokok hiasan tepi jalan

KUCHING: Seorang lelaki menemui maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh pokok hiasan tepi jalan di kawasan Tabuan Laru Jalan Setia Raja awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya mengesahkan, mangsa maut dikenali sebagai Chiang Tze Soon berusi 22 tahun.

"Sepasukan anggota bomba dari BBP Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 9.16 pagi," ujarnya.

Katanya, sejurus sampai, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang berada pada bahagian tempat duduk pemandu. 
Pemeriksaan yang dijalankan pasukan KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran mengalami kecederaan parah.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.