Dua alami kecederaan, kereta dinaiki rempuh kedai makan tepi jalan
KUCHING: Dua lelaki berusia 16 dan 24 tahun mengalami kecederaan selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki keduanya hilang kawalan lalu merempuh kedai makan tepi jalan di Jalan Bidi Krokong Bau petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, sepasukan anggota bomba dari BBP Bau bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 4.23 petang.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Axia yang terbabas dan melanggar kedai makan di tepi jalan," ujarnya.
Adalah difahamkan terdapat 2 orang mangsa lelaki telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Pasukan Bomba sejurus itu katanya memberikan rawatan awal dengan memasang cervical collar, lower limb seterusnya membawa mangsa keluar dengan menggunakan scoop stretcher.
Unit EMRS kemudiannya bertindak menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.