Lelaki maut, kereta dipandu bertembung lori tangki muatan minyak sawit

TATAU: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori sarat muatan minyak sawit di simpang Pasar Lama Tatau, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, mangsa maut dikenali sebagai Ling Lee Chuen berusia 53 tahun.

Katanya, sepasukan anggota BBP Tatau bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.42 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Wira dan sebuah lori tangki sarat dengan muatan minyak sawit.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa tersepit dalam dalam Proton Wira dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit pada kerusi duduk bahagian pemandu.

"Pemeriksaan yang dijalankan pihak KKM mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Setelah mendapati keadaan di lokasi benar-benar selamat, pasukan bomba bersama jentera bertolak semula balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post