Lelaki dipercayai dibawa arus deras Sungai Blaie Ulu Skrang ditemui mati lemas

SRI AMAN -- Seorang lelaki yang dikhuatiri dibawa arus deras Sungai Blaie Ulu Skrang semasa menyeberangi sungai berkenaan bersama 8 lagi rakannya petang semalam ditemui mati lemas pada jam 3.15 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Fresley Setipin berusia 25 tahun ditemui pasukan K9 timbul di permukaan air melakui teknik pencarian secara permukaan.

"Mayat mangsa dijumpai pasukan SAR pada jarak 50 meter dari PKB sebelum diangkat naik dan dibuat proses pengecaman dan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Sejurus itu, usaha mencari dan menyelamat mangsa ditamatkan pada jam 3.50 petang.

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi semalam, mangsa bersama 8 lagi rakannya telah menyeberangi dan mandi Sungai Belaie selepas mencari buah dabai. Pada jam 11.40 pagi, rakan mangsa menyedari mangsa hilang dan dipercayai lemas di bawa arus sungai.

Cubaan untuk menyelamatkan mangsa telah dibuat namun gagal. Seterusnya kawan mangsa memaklumkan kepada penduduk kampung bagi usaha SAR.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post