Kuasa viral,jalan dibaiki tidak sampai 24 jam selepas diviral dalam media sosial
LIMBANG-- Tidak sampai 24 jam, jalan berlubang di kampung Bakol, Limbang diviral dalam media sosial, kerja- kerja membaiki jalan berkenaan kini sedang giat dijalankan.
Ketika ini kerja membaiki jalan itu sedang dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.
Sebelum ini penduduk dan pengguna jalan banyak mengeluh mengenai kerosakan dan kehadiran lubang di jalan berkenaan yang dibiar agak lama tanpa tindakan lanjut dari pihak berkaitan.
Lebih menyedihkan kawasan berkenaan juga agak gelap dan tiada lampu pada malam hari menyebabkan nyawa pengguna jalan sentiasa dalam taruhan.
Seorang pengguna laman sosial Tuntung Lang Gamebirds ketika memuatnaik perkara itu turut berterima kasih kepada Sarawak Roads Update kerana turut berkongsi kerosakan jalan berkenaan.
“Terima kasih kepada Sarawak Roads Update kerana sudah viralkan perkara ini ke pihak yg bertanggungjawab. Terima kasih juga kepada pengguna jalan ini yang sentiasa menyuarakan perkara ini. Sekarang kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan,”katanya ketika berkongsi perkara itu pada laman sosial Limbang Facebook Community hari ini.-BN
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.