Kenderaan bertembung, dua pemandu maut

KUCHING— Dua pemandu maut selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung di Jalan FAC, Matang di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah yang mengesahkan kejadian itu berkata, polis menerima laporan kira-kira jam 12.15 tengah hari.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu wanita berusia 44 tahun, seorang pensyarah politeknik dan pemandu sebuah lagi kereta, lelaki berusia 33 tahun yang merupakan guru sekolah rendah.

“Kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Terdahulu, dilaporkan mangsa wanita dikenali sebagai Nik Suhaili Sukarni Nik Mohd Adenan manakala seorang lagi mangsa 
Ahmad Afiq Afandy Rosli.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.