Dua individu bertumbuk di tempat awam berhadapan dengan hukuman penjara dan denda

BINTULU: Dua individu yang bertumbuk di tempat awam simpang Taman Bandar Jaya berhadapan dengan hukuman penjara dan denda sekiranya disabitkan kesalahan, kata Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Batholomew Umpit.

Beliau dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, video kedua-dua suspek yang bergaduh di tepi jalan itu telah tular di media sosial sejak semalam. 

Pihak polis katanya sudah mengambil keterangan dari kedua-dua pihak yang terlibar yang mana kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

"Dalam video pendek yang berdurasi selama 59 saat itu, kedua-dua individu terbabit dilihat bergaduh dan bertumbuk dalam insiden yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari itu," ujarnya.

Beliau sebagai berkata bahawa kes pergaduhan berkenaan bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.

Jika disabit salah, kedua-dua individu bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda RM1, 000 atau kedua-duanya sekali.

Batholomew dalam masa sama menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden bagi menggelakkan timbul kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Mana-mana individu yang melihat kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Hafizuddin Zaidi di talian 014-6066404 atau bilik gerakan IPD Bintulu di 086-318304.

Video nitizens
Next Post Previous Post