Bomba Sri Aman bantu tanggal cincin di jari telunjuk lelaki

SRI AMAN—Seorang lelaki terpaksa menahan azab selama dua jam selepas cincin yang dipakai tersangkut pada jari telunjuk manis kanan awal pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Bravo BBP Sri Aman berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden dari Wad Kecemasan Hospital Sri Aman pada jam 4.37 pagi bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan cincin berkenaan.

"Tiba di lokasi, pasuka bomba mendapati berlakunya kes cincin yang tersangkut di telunjuk jari manis mangsa sebagaimana yang dimaklumkan oleh pemanggil," ujarnya dalam kenyataan.

Sejurus itu katanya, pasukan bomba yang berpakaian PPE lengkap membuat size- up dan memulakan kerja memotong cincin di jari manis tangan kanan mangsa. 

Setelah cincin berjaya dipotong, pasukan bomba menyerahkan mangsa kepada pihak hospital bagi diberikan rawatan lanjut.

Gambar Pasukan Bravo BBP Sri Aman
Next Post Previous Post