6 beranak temui ajal bersama

Enam beranak yang maut, manakala seorang lagi remaja lelaki cedera parah dan sedang menerima rawatan. Gambar ihsan IG Komuniti Segamat

SEGAMAT— Nahas yang meragut nyawa enam beranak di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan petang semalam berpunca daripada sebuah lori yang membawa muatan pasir yang hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kejadian kira-kira pukul 6.37 membabitkan lima kenderaan iaitu 
kereta Honda HRV, PERODUA Alza, PROTON Wira, PERODUA Bezza dan sebuah lori Mercedes membawa muatan pasir.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabia sebuah Honda HRV memperlahankan kenderaan kerana terdapat kerja-kerja pembaikan jalan sebelum lori yang bergerak dari arah sama gagal membrek dan hilang kawalan.

“Akibat pelanggaran itu, lori berkenaan terbabas ke sebelah kanan jalan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki tujuh sekeluarga itu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ahmad Zamry berkata, mangsa yang maut merupakan pasangan suami isteri berusia 46 dan 43 tahun serta empat anak mereka berusia 5, 10, 13 dan 17 tahun.

Katanya, seorang lagi anak mereka yang merupakan remaja lelaki berusia 15 tahun mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan.

Turut dilaporkan cedera parah ialah pemandu lori tersebut.

“Dalam kejadian ini pemandu lori juga mengalami kecederaan parah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.