Wanita maut, kereta dipandu digilis lori

KOTA KINABALU—Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya digilis lori dalam nahas melibatkan tujuh buah kenderaan di jalan bertingkat Lido di Jalan Lintas petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa Nicolette Hannah George, 26, yang memandu kereta Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pasukan Bomba mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Gambar Facebook

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan tujuh kenderaan.

“Kenderaan terbabit iaitu dua lori dan lima kenderaan jenis Perodua Bezza, Myvi, Toyota Vios, Proton Saga dan Iriz.

“Siasatan mendapati lori melanggar sebuah kenderaan di hadapannya hingga menyebabkan kenderaan yang paling belakang tersepit di bawah lori.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu kereta Perodua Bezza tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.