Treler sarat muatan kayu musnah terbakar
BINTULU: Seorang lelaki yang merupakan pemandu sebuah lori treler yang sarat dengan muatan kayu berhadapan dengan detik cemas selepas lori yang dipandunya itu musnah terbakar berhampiran Simpang Sungai Asap malam tadi.
Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad dalam kenyataannya hari ini berkata, semasa kejadian lori terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Asap menuju ke kawasan Tubau.
"Sepasukan anggota BBP Bintulu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 8.01 malam bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran," ujarmya.
Hasil maklumat awal yang diterima mengesahkan pemandu lori berkenaan sempat memberhentikan lori yang dipandunya lalu keluar lari menyelamatkan diri selepas menyedari yang lori terbabit terbakar.
Mujurlah katanya lelaki berkenaan sempat lari menyelamatkan diri.
"Tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang melibatkan sebuah lori treler yang sedang terbakar termasuk muatan kayu yang terdapat dalamnya," ujar beliau.
Komander operasi kemudiannya melakukan 'size-up' di kawasan sekeliling dan pasukan bomba bertindak menggunakan konsep RECEO.
Pasukan bomba bertindak menggunakan 1 aliran 700 kaki, 1 nozel dengan sumber air terbuka iaitu parit berdekatan.
Setelah api berjaya dikawal dan keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik semula ke balai.
Gambar BBP Bintulu
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.