Sokong usaha kami, saksi "Rentap ~ The Battle of Bukit Sadok”- Melissa Francis

KUCHING-- Artis Iban terkemuka, Melissa Francis menyeru sokongan rakyat Sarawak untuk menyaksikan drama muzikal berkisarkan pahlawan lagenda tanah air, "Rentap ~ The Battle of Bukit Sadok”.

Melissa dalam hantaran Facebooknya memberitahu drama muzikal itu disiarkan secara “Live Streaming” menerusi laman web acara www.sarawakharvestfestival.com.my.

"Drama Muzikal bertajuk “Rentap ~ The Battle of Bukit Sadok” berdasarkan legenda Iban; dalam adegan yang dimeriahkan dengan kesan teater yang tertutup.  

"Drama ini mengisarkan tentang Rentap dari muda sebelum dia menjadi pahlawan terkenal.  

"Drama bertema ini telah dipentaskan pada 18 hingga 19 Ogos 2023 dan akan disiarkan secara “Live Streaming” menerusi laman web acara www.sarawakharvestfestival.com.my," katanya.

Berkongsi tentang pengalamannya dalam berlatih bagi menjayakan drama muzikal itu, Melissa berkata, beliau bersama barisan pelakon berlatih selama 16 hari dari jam 5.30 pagi hingga 10 malam di Kampung Budaya Sarawak.

"Banyak pengorbanan yang telah kami tempuhi untuk menjayakan pementasan drama muzikal Rentap in.

"Saya memegang watak isteri Rentap, Sawai yang sememangnya bukan mudah kerana saya tidak pernah berlakon memegang watak yang romantik dan bercinta," kongsinya.

Justeru, katanya, orang ramai yang ingin mengetahui kisah percintaan Sawai dan Rentap dipelawa menyaksikan drama muzikal itu.

"Salam sayang untuk semua. Harap anda semua dapat menyokong kami," ujarnya.

Gambar Kredit Marilyn R.Jeffry
Next Post Previous Post